
Cikauman, Seranoman dan Kosegu
Berawal dari aliran Pencak Silat Banjaran di Pesantren
Binorong Banjarnegara pada tahun 1872, guru (pendekarnya), iaitu KH. Busyro Syuhada, berpindah ke Kauman,
Yogyakarta, dan mendapat murid-murid yang tangguh dan sanggup mewarisi keahliannya dalam seni Pencak Silat
Di Kauman inilah perguruan seni Pencak Silat yang bernama Perguruan Cikauman ini didirikan pada tahun 1925
dan dipimpin langsung oleh Pendekar M.A Wahib dan Pendekar A. Dimyati, dua orang muridnya yang tangguh. Perguruan Cikauman banyak melahirkan pendekar-pendekar muda yang akhirnya mengembangkan cabang perguruan untuk memperluas jangkauan yang lebih luas dengan nama Perguruan Seranoman pada tahun 1930. Perkembangan kedua perguruan ini semakin hari semakin pesat dengan pertambahan murid yang cukup banyak. Lahirnya pendekar-pendekar muda hasil didikan perguruan Cikauman dan Seranoman memungkinkan untuk mendirikan perguruan-perguruan baru, yang diantaranya ialah Perguruan Kosegu pada tahun 1951.
|
![]() Salah seorang Pengasas Tapak Suci |
Dengan pendekatan yang intensif dan dengan pertimbangan bahawa harus ada kekuatan fisik yang dimiliki umat Islam untuk menentang kekuatan komunis yang melakukan provokasi terhadap umat Islam, maka gagasan untuk menyatukan kembali kekuatan-kekuatan perguruan yang terserak ke dalam satu kekuatan perguruan dimulai.
Maka terdirilah Perguruan Tapak Suci pada tanggal 31 Juli 1963 yang merupakan keberlanjutan sejarah dari perguruan-perguruan sebelumnya. Pada perkembangan selanjutnya, Perguruan Tapak Suci akhirnya berkembang di Yogyakarta dan daerah-daerah lainnya.
Pada tahun 1966 diselenggarakan Konferensi Nasional I Tapak Suci yang dihadiri oleh para utusan Perguruan Tapak Suci yang tersebar di pelbagai daerah di Indonesia. Konferensi itu berhasil merumuskan pemantapan organisasi secara nasional, dan Perguruan Tapak Suci mengubah lagi namanya menjadi Gerakan dan Lembaga Perguruan Seni Beladiri Indonesia Tapak Suci Putera Muhammadiyah.
Pada Sidang Tanwir Muhammadiyah tahun 1967, Tapak Suci Putera Muhammadiyah ditetapkan menjadi organisasi otonom di lingkungan Muhammadiyah, kerana Tapak Suci Putera Muhammadiyah juga mampu dijadikan wadah pengkaderan Muhammadiyah.Pada tahun 1969, PERGURUAN TAPAK SUCI telah menggabungkan diri secara Nasional dengan IKATAN PENCAK SILAT INDONESIA (IPSI). Pada tahun 1975, PERGURUAN TAPAK SUCI telah diubah namanya menjadi Perguruan Seni Beladiri Indonesia "TAPAK SUCI" Putera Muhammadiyah.
Kelahiran Muhammadiyah Singapura
Pada tanggal 25 Disember 1957, "Jawatankuasa Sementara" telah mengadakan satu mesyuarat umum untuk
membentangkan usulan. Persatuan Muhammadiyah Singapura ditubuhkan dengan 13 orang telah dipilih sebagai
anggota Pimpinan Pusat. Perlembagaan yang dibentangkan mendapat sokongan mesyuarat umum.
Perlembagaan tersebut diluluskan oleh "Registrar of Societies" pada 2 September 1958 dan Muhammadiyah telah
didaftarkan sebagai badan dakwah pada tanggal 9 September 1958.
Alhamdulillah, pada tanggal 25 Sept 1958, Muhammadiyah disahkan sebagai badan dakwah yang berdaftar melalui
"Warta Pemberitahuan No 2273". Pada tanggal 7 June 1989, Muhammadiyah telah didaftarkan sebagai sebuah
badan kebajikan di bawah "Akta Kebajikan No. 0659".
Dengan demikian, pada prinsipnya, Muhammadiyah adalah suatu badan Dakwah dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
melalui bidang pendidikan serta kebajikan di Singapura.
Pada tanggal 25 Mei 1957, sekumpulan pelajar Islam telah menganjurkan perjumpaan Hari Raya Eidul Fitri.
Mereka adalah murid-murid al-Marhum Ustaz Abdul Rahman Harun, al-Marhum Ustaz Rijal Abdullah dan al-Marhum
Ustaz Amir Esa. Pada pertemuan ini, kumpulan tersebut bersepakat untuk memperkuatkan ukhwah Islamiyah
diantara mereka lalu mewujudkan suatu "Jawatankuasa Sementara" yang terdiri dari 13 orang bagi menubuhkan
sebuah badan dakwah yang rasmi.
" Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah daripada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung ". Surah Al-Imran 3:104
Ayat ini memerintahkan kaum Muslimin untuk mengadakan jemaah/perkumpulan sebagai wadah yang menyeru manusia kepada kebaikan (khair), berbuat ma'aruf (benar) dan mencegah perbuatan mungkar (salah). Di sinilah letaknya perintah da'wah, amar ma'aruf nahi mungkar yang boleh dicapai melalui pendidikan, kebajikan dan seterusnya.
Dalam melakukan da'wah amar ma'aruf nahi mungkar ini, Muhammadiyah sedar bahawa tauhid atau usaha mengEsakan Allah, Tuhan sekelian alam, merupakan tunjang Iman yang tidak boleh dikotori oleh sesuatu jua pun. Iman yang terbit daripada tauhid yang murni harus disertai dengan amalan yang tiada putus.
Amal pula harus dibimbing oleh ilmu yang dibawa dan dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Muhammadiyah menolak semua bentuk inovasi dalam bidang aqidah, ibadah yang tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ,dalam erti kata Muhammadiyah tidak mengamalkan bid'ah, khurafat dan tahyul. Penelitian dalam perbuatan, tingkah laku, perjuangan dan peribadatan Rasulullah s.a.w. hanya boleh didapati melalui ilmu yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah (hadis).
Ilmu tidak boleh bertentangan dengan iman dan amal yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Muhammadiyah yakin bahawa dasar kepercayaan seperti ini mampu menghasilkan kelompok manusia seperti yang terdapat di kalangan para sahabat, tabiin dan tabiit tabiin yang merupakan contoh, yang cuba diikuti oleh Muhammadiyah, seperti yang digambarkan dalam al-Quran;
" Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk umat manusia, menyeru kepada yang ma'aruf dan mencegah daripada kemungkaran dan berilmu kepada Allah". Surah AN-Nisa 4:110.
Untuk keterangan lanjut tentang Persatuan Muhammadiyah Singapura, sila ke Lelaman Muhammadiyah Singapura.
![]() |
Pada Mac 1988, dua orang sahabat dari Singapura telah ke Yogyakarta untuk
mengikuti latihan di Perguruan Seni Beladiri Indonesia "Tapak Suci" Putera Muhammadiyah. Setelah menjalani
ujian, mereka berhasil menerima ijazah. Tanggal 17hb Mac 1988 merupakan detik permulaan Perguruan Tapak
Suci Singapura, apabila secara rasmi, di Masjid Kraton Yogyakarta, Buang A. Rashid menerima ijazah Pendekar
Perlimpahan dan Johari Mokti menerima ijazah Pelatih Kepala,dan dilantik untuk mendirikan *Kommisariat
Wilayah (KOMWIL)yang ke 30 di Singapura. * Kini dikenali sebagai Perwakilan Wilayah (PERWIL) yang ke 29. |
Suatu Majlis Penyerahan Surat Ketetapan KOMWIL 30 telah diadakan di Rumah Majlis Pusat, Mountbatten Road pada tanggal 23hb April 1989. Surat Ketetapan itu telah disampaikan oleh Bpk Arieffudin Pangka, Ketua III Pimpinan Pusat TAPAK SUCI, kepada Encik Ibrahim Othman, Presiden PERSISI dan Encik Buang A. Rashid, Ketua Umum Tapak Suci Singapura.
Perguruan Seni Beladiri TAPAK SUCI PERWANIT telah dikenalkan kepada masyarakat Singapura melalui persembahannya di "All Styles Martial Arts Tournament" anjuran Persatuan Jurulatih-jurulatih Beladiri Singapura (Singapore Martial Arts Instructors Association) pada 24hb September 1989.
Pada bulan Januari 1990, tiga siswa Tapak Suci, Johan Tokio, Mohd Tahir Salleh dan Rozie Ahmad menyertai Pertandingan Peringkat Saringan anjuran Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) untuk Pesta Merdeka Brunei Darussalam. Sdra Johari Mokti diundang bertugas sebagai Wasit-Juri. Ini merupakan kali pertama Tapak Suci menyertai pertandingan peringkat nasional.
Lesen Jurulatih Sdra Johari Mokti telah diluluskan oleh pihak "Martial Arts Countrol Unit", setelah beberapa rintangan dan halangan dari pihak-pihak tertentu pada 4hb Julai 1990.
PERWANIT telah menganjurkan Seminar Silat pada 27 Oktober 1991 di Balai Rakyat Siglap. Bpk Rustam Djundab, Sekretaris I Pimpinan Pusat Tapak Suci Indonesia telah diundang untuk menjadi salah seorang ahli panel. Tetamu Kehormat adalah YB Tuan Hj Sidek Saniff. Pada malamnya, Majlis TAPAK SUCI I telah diadakan di tempat yang sama. Surat Perlantikan Pimpinan Tapak Suci Singapura Periode 1991 - 1995 telah diserahkan oleh Bpk Rustam Djundab kepada Tetamu Kehormat YB Encik Abdullah Tarmugi selaku Penaung PERWANIT.
Sejak tahun 2005, Tapak Suci Singapura bernaung dengan Persatuan Muhammadiyah Singapura sebagai sebuah institusi Muhammadiyah. Tahun 2005 merupakan kali pertama anggota Tapak Suci Singapura bertanding di atas nama Perguruan Seni Beladiri Tapak Suci Singapura Putera Muhammadiyah.
![]() |
![]() |
Sesiapa berminat menganggotai Tapak Suci boleh berdaftar di Tadika Muhammadiyah (Pusat TSS) pada waktu
latihan atau di gelanggang yang lain.
Pusat Tapak Suci Singapura | Kelab Masyarakat Yew Tee |
Tadika Muhammadiyah 66 Jalan Lapang Singapura 419006 Setiap Sabtu, 5ptg - 9.30mlm Ketua: Aidil Bakhtiar Josoh |
Yew Tee Community Building 20 Choa Chu Kang St 52 #01-01 Singapura 689286 Setiap Jumaat, 8mlm - 10mlm Ketua: Johari Mokti Johan Tokio |
Woodgrove Zon 8 RC | |
Blk 363 Woodlands Ave 5 #01-440 Singapura 730363 Setiap Selasa, 8mlm - 10mlm Ketua: Md Talhah Johari |
Lambang Tapak Suci dicipta oleh Pendekar Moh. Fahmie Ishom dan digunakan oleh semua anggota Tapak Suci di seluruh dunia. Bagaimanapun, siswa-siswa Tapak Suci di Singapura perlu menyertai Penataran Tapak Suci sebelum dibenarkan mengunakan lambang ini semasa latihan.
Bertekad bulat mengagungkan nama Tuhan yg Esa, Kekal & Abadi.
Dengan keberanian menyerbakkan keharuman degan sempurna.
Dengan kesucian menunaikan Rukun Islam dan Rukun Iman.
Mengutamakan keeratan dengan kejujuran dan kerendahan hati
Lambang ini dicipta oleh Kader Utama Johari Mokti dan digunakan oleh semua siswa Tapak Suci di Singapura. Siswa-siswa yang meningkat ke tingkatan Kader atau menyertai penataran Tapak Suci di luar negeri dibenarkan memakai Lambang Pimpinan (diatas).
Sabuk Dengan "Tapak Suci" Di Atas | Sabuk Dengan "Singapura" di Bawah |
|
|
Bunga Padi Di Kiri dan Kanan | Tali Hijau |
|
|
Siswa-siswa kami juga dilatih menggunakan senjata Nusantara Melayu serta senjata-senjata khas Tapak Suci
seperti ‘Sesegu’.
Setiap pesilat yang mempelajari ilmu silat Tapak Suci bermula dengan Tingkat Siswa Dasar. Apabila seseorang siswa Tapak Suci sudah sedia untuk melanjut ke tingkatan seterusnya, dia akan mengambil dua ujian - Ujian Teori dan Ujian Praktikal.
Tapak Suci Europe Tapak Suci Austria Tapak Suci Germany |
Pendekar dan Kader Tapak Suci Singapura, bersama Pendekar Besar Hisbullah
Rachmat
Penasihat |
Presiden Persatuan Muhammadiyah |
Ketua Umum |
Buang A. Rashid |
Ketua Dewan Pendekar |
Johari Mokti |
Sekretaris |
Jamilah H.M. Salim |
Bendahara |
Alya Osman |
Bidang Pembinaan & Pendidikan |
1. Johan Tokio 2. Akhmad Radhiansyah Yuliadi |
Bidang Pembinaan Prestasi |
1. Aidil Bakhtiar Josoh 2. Md Talhah Johari |
Bidang Organisasi & Pimpinan |
1. Md Yusoff A. Karim 2. Md Safwan Johari |
Bidang Pendayagunaan Sumber Daya |
Ramli Rajiman |
Bidang Penelitian & Pengembangan |
1. Aminudin Zaki Ramli 2. Md Zahid Saaban |
Bidang Hubungan Masyarakat |
1. Siti Hajar Ali 2. Dian Hayati Md Yusoff |
Anggota Pleno |
1.Noor Hasanah Hasnan 2.Noorazni Noordin |
Persembahan & Atraksi
Perkhemahan Siswa
1. Setia menjalankan ibadah dengan ikhlas kerana Allah semata.
2. Mengabdi kepada Allah, berbakti kepada bangsa dan negara, serta membela keadilan dan kebenaran.
3. Menjauhkan diri dari segala perangai dan tingkah laku yang tercela.
4. Mencari perdamaian dan kasih sayang serta menjauhi perselisihan dan permusuhan.
5. Patuh dan taat kepada peraturan-peraturan serta percaya kepada kebijaksanaan pimpinan.
6. Dengan Iman dan Akhlaq saya menjadi kuat, tanpa Iman dan Akhlaq saya menjadi lemah.
1. Setia menjalankan ibadah dengan ikhlas kerana Allah semata.
2. Mengabdi kepada Allah, berbakti kepada bangsa dan negara, serta membela keadilan dan kebenaran.
3. Menjauhkan diri dari segala perangai dan tingkah laku yang tercela.
4. Mencari perdamaian dan kasih sayang serta menjauhi perselisihan dan permusuhan.
5. Patuh dan taat kepada peraturan-peraturan serta percaya kepada kebijaksanaan pimpinan.
6. Dengan Iman dan Akhlaq saya menjadi kuat, tanpa Iman dan Akhlaq saya menjadi lemah.
Video Persembahan di Gardens by the Bay, 25 Oktober 2014
Thursday, December 04, 2014
Persembahan pertama di Flowerdome.
Para siswa Tapak Suci Singapura beraksi di Gardens by the Bay
Bersamaan dengan Gardens by the Bay dan Era Dance Theatre Pte Ltd, Tapak Suci Singapura telah mengadakan sebuah persembahan di 'Gardens By The Bay' pada 25 Oktober 2014.
Acara ini merupakan sebahagian usaha mempromosi Budaya Warisan Melayu melalui pelbagai kegiatan dan persembahan. Tapak Suci Singapura melakukan dua persembahan, sebuah atraksi singkat di 'Flowerdome' untuk menarik perhatian para pelancong, dan sebuah persembahan selama satu jam di 'Supertree Grove'.
Persembahan ini melibatkan 18 siswa kami dari gelanggang Tadika Muhammadiyah dan Woodgrove Zon 8 RC.
Video persembahan kini telah dimuat naik ke Youtube, dan terlampir di bawah ini (dua bahagian).
Selamat menonton.
Salam Tapak Suci
Website Tapak Suci Lengkap!
Monday, December 01, 2014
Alhamdulillah, lelaman Tapak Suci Singapura kini sudah selesai dan lengkap! Segala informasi telah pun dimasukkan dan siap untuk dijamu dan dibaca. HARAP MAKLUM: Pimpinan PERWIL 29 Tapak Suci Singapura akan diubahkan tidak lama lagi, maka buat seketika ini, halaman itu tidak akan ditukar hingga Susunan Pimpinan PERWIL 29 telah ditetapkan. Lelaman Tapak Suci Singapura dalam Bahasa Inggeris (English) pun sudah siap, sila lihat di sini. Kalau ada terdapat kesalahan apa-apa pun dalam lelaman ini, harap beritahu admin (Md Talhah) di e-mel saya (terdapat di halaman 'Hubungi Kami'). Sekian, Terima kasih. Salam Tapak Suci
Tapak Suci Singapura dalam alam Twitter
Thursday, November 27, 2014
Alhamdulillah, TSS kini ada account Twitter, dengan harapan dan tujuan agar dapat menyebarkan perkembangan terkini serta mengkongsi informasi tentang Tapak Suci (khususnya di Singapura). Sila ikut kami @TapakSuci_sg. posted from Bloggeroid Salam Tapak Suci
Usaha baru untuk Website Tapak Suci Singapura
Tuesday, November 25, 2014
Alhamdulillah, walaupun sudah hampir 7 tahun lelaman ini tidak dikendali, kini ada usaha baru untuk melengkapkan serta membaharukan lelaman Tapak Suci Singapura ini. Masih perlu mengerjakan lelaman dalam Bahasa Inggeris. Bila kedua-duanya sudah siap, dirancang akan mendapatkan domain name khas bagi TS Singapura, agar mudah dijumpa oleh sesiapapun. Pimpinan Tapak Suci Singapura sudah berubah. Harap maklum. Itu sahaja buat hari ini. Insya Allah lelaman ini akan cepat siap supaya menjadi sumber informasi dan berita terkini tentang Tapak Suci, khususnya Perwil 29 Singapura. Salam Tapak Suci |
Tweets by @TapakSuci_sg |
Dokumentari RCTI "Pencak Silat Menembus Dunia"
Profil Tapak Suci
Tapak Suci of Brawijaya University International Open 2014
Malang, Indonesia
6 - 12 October 2014
Kejurnas Tapak Suci 2014
Solo, Indonesia
20 - 24 Ogos 2014
E-MEL
PERWIL 29 Tapak Suci Singapura
Pendekar Muda Akhmad Radhiansyah Yuliadi
Webmaster Kader Kepala Md Talhah
psbtss@gmail.com
kaderts@yahoo.com.sg
mohd.talhah@gmail.com
Alamat Sekretariat
Perguruan Seni Beladiri Tapak Suci Singapura
Blk 805 Chai Chee Road
#03-636 Singapore 460805
Sila hubungi kami melalui e-mel maupun surat untuk keterangan lanjut.